Tuesday, November 6, 2012

SMK JELAI (F) IN MIRACLE


Sekolah merupakan institusi pendidikan yang penting dalam mempertingkatkan martabat bangsa.Sekolah menengah Jelai (F) Gemas, Negeri Sembilan terletak kira-kira 50 km dari bandar Tampin dan 30 km dari pekan Gemas. Sekolah ini didirikan di tengah-tengah komplek Jelai Satu, Dua, Tiga dan Empat.Berbincang mengenai KOKURIKULUM yang terdapat di SMK Jelai,banyak kejayaan yang dirangkul oleh semua pelajar yang giat aktif dalam program ini.Roman-roman picisan yang mengatakan bahawa SMK Jelai merupakan salah sebuah sekolah yang mampu menerajui bidang korikulum adalah benar kerana impian tersebut telah direalisasikan oleh para pelajar yang tidak pernah kenal erti penat lelah demi berusaha untuk mengharumkan nama sekolah.Sejurus itu,SMK Jelai telah dinobatkan sebagai PUSAT KECEMERLANGAN OLAHRAGA.

Dalam menjulang nama SMK jelai ke mata dunia,SMK Jelai telah dicalonkan sebagai sekolah cemerlang dalam kategori sekolah luar bandar.Bagi memastikan impian tersebut dicapai,En.Omar Bin Ahmad selaku pengetua bertungkus lumus dari pagi hingga ke petang memikirkan cara untuk membaiki fikiran para pelajarnya agar mereka terdorong ke arah tersebut.Bibliotik yang terdapat di SMK Jelai dijadikan pusat untuk menimba ilmu bagi para pelajar yang bakal menghadapi PMR dan SPM.Kemudahan fasiliti yang syumul menjanjikan para pelajar berada dalam keadaan yang selesa semasa berada di dalamnya.

Dalam konteks sekarang,sekolah mewujudkan pemikiran ICT dalam minda para pelajarnya dengan menubuhkan sebuah bilik akses bagi kegunaan mereka untuk mencari maklumat menerusi internet yang tiada batasan.Pemikiran yang tiada batasan,akan melahirkan generasi yang mampu mengadunkan kombinasi yang cukup padu bagi menempuh masa depan yang tidak menentu.Di samping itu,pengetua menyeru kepada semua guru panatia untuk menghasilkan laman web blog untuk kesenangan pihak lain untuk mendapatkan maklumat.

Hakikat ilmu, amal yang soleh dan disiplin diri yang tinggi merupakan intipati kekuatan rohaniah yang penting dalam kejayaan individu. Berilmu bererti kekuatan minda dan kekuatan pengetahuan yang penting dalam menjanakan kejayaan diri, agama dan bangsa. Orang yang berilmu dan mempunyai amalan yang soleh merupakan individu yang berada dalam landasan yang lurus, tawaduk dan penuh kerelaan terhadap kebesaran Allah. Disiplin diri yang kental merupakan ketahanan diri yang penting dan dapat mengawal individu dari terjerumus ke jalan yang tidak diredhai oleh Allah.Jadi,pihak sekolah telah menubuhkan satu badan yang bergerak aktif sama ada di dalam sekolah mahupun di luar sekolah iaitu BADAR bagi menstabilkan disiplin para pelajarnya.Pelbagai program yang telah dilakukan bagi menjamu para pelajar agar mereka tidak menempatkan agama di tempat yang terbawah seperti program JOM PERGI KE MASJID,BACAAN YASIN dan sebagainya.

Konklusinya,usaha yang selama ini yang dianggap sebagai satu elemen yang membelenggu diri sama sekali tidak benar kerana usaha itulah yang mendorong diri untuk berjaya dan terus mencipta nama yang unggul di mata dunia.Program SATU MALAYSIA perlu dijadikan pembakar semangat untuk merealisasikan impian yang selama ini menjadi angan-angan dan percayalah pada yang Kuasa bahawa usaha yang disertakan dengan tawakal akan melahirkan generasi yang tidak tercabut dari akar tradisinya bagi melangkah dengan seribu kekuatan untuk menempuh masa depan yang tidak menentu.

1 comments:

zikrulmaut.blogspot.com said...

hai

Post a Comment